
TEHRAN, 26 Julai – Iran mengecam serangan Ukraine terhadap sebuah kapal dagangnya di Laut Kaspia yang mengorbankan seorang kelasi dan mencederakan seorang lagi, sambil menyifatkan insiden itu sebagai tindakan pencerobohan yang mengancam kepentingan serta keselamatan negaranya.
- Letupan dilaporkan berlaku di atas kapal dagang itu, menurut kenyataan Kementerian Luar Iran.
- Tehran menegaskan akan mempertahankan kepentingan nasional dan keselamatan negaranya susulan insiden itu.
- Iran menuduh Kyiv cuba meluaskan konflik, sementara Zelenskyy dakwa Rusia kongsi maklumat satelit dengan Iran.
Kementerian Luar Iran dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, serangan itu menyebabkan letupan di atas kapal dagang berkenaan.
Tehran menegaskan akan mempertahankan kepentingan nasional dan keselamatan negara susulan insiden tersebut.
Dalam masa sama, Iran menuduh Kyiv cuba meluaskan konflik perang Ukraine ke rantau lain.
Kenyataan Iran itu dibuat ketika Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, mendakwa Rusia berkongsi maklumat pemantauan satelitnya di Asia Barat dengan Iran bagi membolehkan negara itu mengarahkan serangan di rantau berkenaan.
Sebelum ini, Zelenskyy turut mendakwa tentera Ukraine berjaya menyerang sebuah kapal perang Rusia serta beberapa kapal yang didakwa digunakan untuk mengangkut kargo ketenteraan berkaitan Iran di Laut Kaspia.
Hubungan Iran dan Rusia semakin rapat sejak perang Ukraine bermula pada 2022.
Negara barat menuduh Iran membekalkan dron serta peralatan ketenteraan kepada Rusia, namun Tehran menegaskan bantuan ketenteraan yang diberikan tidak bertujuan digunakan dalam konflik Ukraine. – REUTERS