Pengusaha akuakultur tiga negeri terima peruntukan RM2.95 juta

Foto RTM

AYER KEROH, 26 Julai – Sebanyak RM2.95 juta diperuntukkan Jabatan Perikanan menerusi program Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPeKS) untuk 89 pengusaha akuakultur di tiga negeri zon selatan iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan digunakan untuk menyokong pengembangan serta program usahawan penternakan ikan keli, tilapia dan udang.
  • Jabatan Perikanan menyediakan bantuan RM348,170 bagi menyokong program myKomuniti Perikanan dan pembangunan My Agropreneur Perikanan.
  • Komuniti dilantik sebagai Ketua Jaringan Perikanan menerima bantuan RM22,317 untuk vest, beg peralatan, lampu suluh dan alat tulis.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, peruntukan itu bertujuan untuk menyokong pengembangan, selain menyediakan pelbagai program untuk usahawan penternakan ikan keli, tilapia dan udang.

Sementara itu, Jabatan Perikanan turut menyediakan bantuan sebanyak RM348,170 sebagai sokongan kepada program myKomuniti Perikanan (myKP) dan pembangunan My Agropreneur Perikanan (myAP).

“Pada masa yang sama, kita turut memberikan bantuan kepada komuniti yang dilantik sebagai Ketua Jaringan Perikanan, iaitu pemimpin kecil dalam masyarakat nelayan.

“Mereka dilantik sebagai wakil Jabatan Perikanan untuk menyampaikan maklumat, memberikan informasi, serta membantu dalam aktiviti pemuliharaan sumber,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Program Karnival Usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) dan myKomunikiti Perikanan (myKP) Zon Selatan dan Pesona Rasa Akuakultur 2026 di sini.

Mengulas lanjut, pengeluaran ikan akuakultur di Malaysia adalah sebanyak 511,000 tan metrik, sekali gus memberikan sumbangan signifikan kepada pendaratan ikan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.