fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 3 November - Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM40.96 bilion dan RM27.97 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional yang merangkumi tender RM1 bilion selama tujuh hari dan RM500 juta selama 14 hari, tender Qard RM300 juta bagi tempoh tujuh hari serta tender repo berbalik RM500 juta selama 94 hari.

BNM akan mengeluarkan Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI) bernilai RM2.5 bilion selama 30 hari pada 7 November, 2023.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM40.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM27.7 bilion. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF