
KUCHING, 24 April – Kejohanan Sepak Takraw Piala PEKEMA Sarawak 2026 dijangka menarik penyertaan 32 regu dari dalam dan luar negara.
- Penyertaan dijangka 32 regu dari dalam dan luar negara.
- Penyertaan dibuka kepada pasukan tempatan serta Sabah, Labuan, Brunei dan Kalimantan Barat.
- Tujuan mempromosikan sepak takraw sebagai warisan negara dan mengukuhkan pembangunan serantau.
- Berpotensi mencungkil bakat baharu; hadiah keseluruhan RM10,500, juara RM5,000.
Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Fudin Chee Kifli berkata penyertaan dibuka kepada pasukan tempatan serta dari Sabah, Labuan, Brunei dan Kalimantan Barat, Indonesia.
“Kejohanan ini bertujuan mempromosikan sukan sepak takraw sebagai warisan negara di samping mengukuhkan pembangunan di peringkat serantau,” katanya pada sidang media di Sri PEKEMA.
Menurutnya, kejohanan berkenaan juga berpotensi menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain.
Kejohanan akan berlangsung di Stadium Tertutup Bandaraya Miri dari 4 hingga 7 Jun depan, menawarkan hadiah keseluruhan RM10,500 dengan juara membawa pulang RM5,000.