Azeem pamer peningkatan, catat 10.17 saat di Florida

Azeem catat 10.17s di Florida, perbaiki rekod musim dan semakin hampir mencabar rekod kebangsaan 100 meter miliknya./Foto IG Azeem Fahmi

KUALA LUMPUR, 19 April – Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus memperkukuh reputasinya apabila mencatat masa 10.17 saat dalam acara 100 meter pada Kejohanan Jemputan Tom Jones di Florida, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbaiki rekod musim dari 10.33 saat yang dicatat di Atlanta bulan Mac.
  • Atlet 21 tahun mewakili Universiti Auburn, menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 daripada 36 peserta.
  • Perlumbaan dimenangi rakan sepasukan Kanyinsola Ajayi, diikuti Israel Okon dan John Caleb di podium.
  • Pemegang rekod kebangsaan 100m (10.09 pada U20 Dunia 2022), kini semakin hampir mencabar rekodnya semula.

Catatan itu sekali gus memperbaiki rekod terbaiknya musim ini, iaitu 10.33 saat yang dicatatkan di Atlanta pada Mac lalu.

Atlet berusia 21 tahun yang mewakili Universiti Auburn itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14 daripada 36 peserta dalam saingan berintensiti tinggi di Stadium James G. Pressly.

Perlumbaan tersebut dikuasai rakan sepasukannya, Kanyinsola Ajayi yang muncul juara dengan catatan 9.90 saat.

Tempat kedua diraih Israel Okon dengan catatan 9.95 saat, manakala John Caleb melengkapkan podium di tempat ketiga dengan masa 10.00 saat.

Azeem kini pemegang rekod kebangsaan 100 meter hasil catatan 10.09 saat yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022 di Cali, Colombia.

Prestasi terbaharunya menunjukkan beliau semakin hampir untuk mencabar rekod tersebut sekali lagi.