
JEDDAH, 10 Januari – Real Madrid dan Barcelona bakal bertembung dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol di Jeddah, dengan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, dijangka kembali beraksi selepas terlepas beberapa perlawanan awal kejohanan.
- Xabi Alonso akan nilai kecergasan Kylian Mbappe dalam latihan sebelum putuskan sama ada memulakan atau jadikan pemain gantian.
- Hansi Flick yakin pasukannya bersedia menghadapi pertembungan El Clasico di Jeddah.
- Pertemuan ini dijangka sengit selepas kemenangan Real Madrid 2-1 ke atas Barcelona dalam pertemuan liga terakhir.
Pada sidang media menjelang perlawanan, ketua jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso, berkata beliau akan menilai tahap kecergasan Mbappe ketika sesi latihan sebelum membuat keputusan sama ada pemain itu diturunkan sebagai kesebelasan utama atau dimasukkan sebagai pemain gantian.
Sementara itu, jurulatih Barcelona, Hansi Flick turut menyatakan keyakinan terhadap kesiapsiagaan pasukannya menjelang pertembungan klasik El Clasico itu.

Barcelona hadir sebagai juara bertahan, selepas menjuarai edisi 2025.
Namun, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam saingan La Liga menyaksikan Barcelona tewas 1-2 kepada Real Madrid, sekali gus menambah kehangatan menjelang aksi final yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.
Pertembungan itu dijangka sengit dengan kedua-dua pasukan berazam menambah koleksi kejuaraan musim ini. -REUTERS