Hubungan erat persekutuan-negeri diperkukuh demi kemajuan, kebajikan rakyat Johor

Foto Facebook Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail (kiri) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sepakat untuk terus mengekalkan hubungan yang baik, selain mengukuhkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar menghadap Tunku Mahkota Ismail di ibu negara menurut hantaran Facebook.
  • Perbincangan menumpukan perancangan Kerajaan MADANI untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.
  • Pertemuan berlangsung mesra dan harmoni, memberi ruang bertukar pandangan mengenai kebajikan serta kesejahteraan rakyat Johor.

Datuk Seri Anwar menerusi hantaran Facebook memaklumkan, beliau menghadap Tunku Mahkota Ismail di ibu negara hari ini.

“Kami turut membincangkan perkembangan semasa dan perancangan berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri,” menurut hantaran itu.

Hantaran tersebut turut memaklumkan bahawa pertemuan itu berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni selain memberikan ruang yang baik untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan perkara berkaitan kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di Johor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.