100,000 penguat kuasa dikerah kawal Bandar Mexico

100,000 penguat kuasa dikerah bagi mengawal keselamatan di Bandar Mexico. Foto/AFP

BANDAR MEXICO, 10 JUN – Lebih lima juta pelancong dijangka tiba di bandar-bandar utama Mexico bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat dan Kanada.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 100,000 anggota tentera, polis dan pengawal keselamatan dikerah mengawal Bandar Mexico.
  • Tindakan meningkatkan kawalan susulan pembunuhan El Mencho, ketua kartel dadah paling berkuasa, tiga bulan lalu.
  • Bandar berdepan protes ribuan guru yang berkemungkinan mengepung lebuh raya dan mengganggu ketibaan pasukan Piala Dunia.

Kira-kira 100,000 anggota penguat kuasa terdiri daripada tentera, polis dan pengawal keselamatan dikerah bagi mengawal keadaan dan memastikan keselamatan para pelancong terjamin.

Tindakan tersebut dilakukan susulan kematian ketua kartel dadah paling berkuasa di Mexico, El Mencho yang ditembak mati pihak berkuasa tiga bulan lalu.

“Kami mempunyai banyak pengalaman untuk mengawal situasi dalam acara-acara besar seperti Piala Dunia. Kami memberi jaminan keselamatan para penyokong akan terjaga,” kata ketua polis Bandar Mexico, Pablo Vazquez.

Selain dibayangi dengan keganasan kartel dadah, bandar berkenaan juga berdepan dengan protes ribuan guru yang mendesak kenaikan gaji yang setimpal serta pencen.

Kumpulan berkenaan dilapor bersedia mengepung lebuh raya utama dan mengganggu ketibaan pasukan yang beraksi di pentas Piala Dunia 2026.

Bandar Mexico dijadual menjadi tuan rumah dalam perlawanan pertama antara Mexico dengan Afrika Selatan awal pagi Jumaat ini.  – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.