ASEAN perkukuh kerjasama, tumpu pembangunan serantau dan antarabangsa

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin tertinggi ASEAN di Kazan, mencerminkan komitmen serantau./ BERNAMA

KAZAN, 17 Jun – Kesediaan pemimpin ASEAN menghadiri pertemuan di Rusia mencerminkan komitmen rantau ini untuk terus memperkukuh kerjasama dan pembangunan bersama.

RINGKASAN BERITA AI
  • ASEAN akan terus mengamalkan pendekatan pragmatik dengan berinteraksi dengan semua pihak.
  • Tiada negara mampu menghadapi cabaran global secara bersendirian dan hubungan lebih erat perlu diperkukuh.
  • Kesediaan pemimpin bertemu secara langsung menunjukkan keyakinan baharu dan kesediaan mengatasi prasangka.
  • ASEAN kekal berpegang kepada keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN akan terus mengamalkan pendekatan pragmatik dengan berinteraksi dengan semua pihak.

“Tiada negara mampu menghadapi cabaran global secara bersendirian dan hubungan yang lebih erat perlu diperkukuh.

“Kesediaan pemimpin ASEAN untuk bertemu dan berinteraksi secara langsung menunjukkan keyakinan baharu serta kesediaan untuk mengatasi prasangka. Pada masa sama, tumpuan diberikan kepada pembangunan rantau ini dan masyarakat antarabangsa,”katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia, di sini.

Menurut beliau, ASEAN kekal berpegang kepada prinsip keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama dalam mendepani ketidaktentuan global.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.