Program Strategik Perdagangan ASEAN-Rusia permulaan baik – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia hari ini sehingga esok./ BERNAMA

KAZAN, 17 Jun – Malaysia menyambut baik pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia bagi Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan terus mewujudkan dasar dan persekitaran kondusif bagi menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan.
  • ASEAN dan Rusia masih belum menjadi rakan ekonomi utama; potensi Tatarstan dan Rusia belum dimanfaatkan sepenuhnya.
  • ASEAN dan Rusia perlu mempertahankan sistem perdagangan antarabangsa terbuka dan berasaskan peraturan.
  • Kedua pihak perlu memperbaharui komitmen untuk memperluas kerjasama dan merebut peluang hasil transformasi teknologi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan itu akan menjadi pemangkin kepada fasa baharu hubungan ekonomi ASEAN-Rusia.

“Kerajaan akan terus mewujudkan dasar dan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan.

“Terus terang, ASEAN dan Rusia masih belum menjadi rakan ekonomi utama antara satu sama lain. Potensi besar yang dimiliki ASEAN, Tatarstan dan Rusia juga masih belum dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya ketika berucap Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia.

Tambahnya, Program Strategik ASEAN-Rusia 2026-2035 menyediakan pelan hala tuju bagi memperkukuh kerjasama ekonomi kedua-dua pihak.

ASEAN dan Rusia perlu terus memperjuangkan perdagangan terbuka demi pembangunan serantau dan masyarakat antarabangsa, menurut Datuk Seri Anwar./ BERNAMA

Dalam perkembangan sama Datuk Seri Anwar menegaskan, ASEAN dan Rusia perlu terus mempertahankan sistem perdagangan antarabangsa yang terbuka dan berasaskan peraturan.

Perdana Menteri berkata, kerjasama dan keterbukaan ekonomi perlu terus dipelihara.

Sistem perdagangan pelbagai hala kekal menjadi tunjang kepada kemakmuran global.

“ASEAN dan Rusia telah menjalin hubungan selama 35 tahun. Kini, kedua-dua pihak perlu memperbaharui komitmen untuk memperluas kerjasama dan merebut
peluang hasil transformasi teknologi serta perubahan ekonomi.

“ASEAN dan Rusia perlu terus memperjuangkan perdagangan terbuka demi pembangunan serantau dan masyarakat antarabangsa,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.