
SANTA CLARA, 17 Jun – Austria meraikan kemunculan di pentas Piala Dunia dengan kemenangan 3-1 ke atas wakil Asia, Jordan, dalam aksi Kumpulan J hari ini.
- Jordan bangkit menyamakan kedudukan selepas rehat menerusi rembatan Ali Olwan yang singgah ke tiang sebelum menerjah masuk ke gawang.
- Masuknya Marko Arnautovic mengucar-kacirkan pertahanan Jordan, hampir menjaringkan gol dibatalkan selepas VAR mendapati bola terkena tangan Stefan Posch.
- Gol sendiri Yazan Al Arab dari sepakan sudut Sabitzer, diikuti penalti masa kecederaan oleh Arnautovic mengesahkan kemenangan Austria.
Dalam perlawanan yang berlangsung dalam suhu dingin di San Francisco Bay Area, Austria terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Romano Schmid pada minit ke-21.
Jordan bangkit menyamakan kedudukan selepas rehat hasil rembatan menarik Ali Olwan yang singgah ke tiang gol sebelum menerjah masuk ke gawang Austria.
Pengendali Austria, Ralf Ragnik membuat pertukaran dengan memasukkan penyerang, Marko Arnautovic pada separuh masa kedua.
Kehadiran Arnautovic berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan Jordan dan hampir menjaringkan gol pada minit ke-69 hasil bola muntah.
Namun gol tersebut dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terlebih dahulu terkena tangan rakan sepasukan, Stefan Posch.
Austria kemudian memperoleh gol kedua selepas bola sepakan sudut Sabitzer tertampan masuk ke gawang sendiri oleh Yazan Al Arab pada minit ke -76.
Arnautovic mengesahkan kemenangan mutlak Austria menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.
Sentara itu pemain tengah Austria, Konrad Laimer, mengakui mereka sudah menjangkakan tentangan sengit daripada Jordan sebelum sepak mula lagi.
“Kami tahu ini akan menjadi perlawanan yang sukar… ada ketikanya kami beraksi dengan baik, dan ada fasa di mana prestasi kami sedikit menurun.
“Apa yang penting adalah mentaliti keseluruhan pasukan. Kami tidak pernah menyerah kalah, terus berjuang sehingga tamat perlawanan dan akhirnya berjaya meraih kemenangan,” katanya. – REUTERS