
BALIK PULAU, 17 Jun – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 1448 Hijrah.
- Bertekad memperkasa pembangunan bakat negara dalam bidang STEM untuk memenuhi keperluan industri dan tingkatkan daya saing antarabangsa.
- Menyokong perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik serta semikonduktor sebagai tunjang ekonomi negara.
- Menegaskan peranan institusi pengajian tinggi memastikan graduan mempunyai kemahiran dan kepakaran menepati kehendak industri semasa.
- Sebagai penyelidik nanoteknologi, beliau mahu hasilkan inovasi yang memberi manfaat negara dan potensi guna pakai di peringkat antarabangsa.
Beliau bertekad untuk terus memperkasa pembangunan bakat negara khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan industri serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Ia sekali gus, menyokong perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor yang menjadi antara tunjang ekonomi negara.
Prof. Datuk Ir Dr Abdul Rahman berkata, institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran dan kepakaran yang menepati kehendak industri semasa.
“Saya akan meneruskan agenda untuk memastikan bakat yang dilahirkan mampu memenuhi keperluan dan kehendak industri semasa. Di USM, kami sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan bagi memastikan permintaan bakat daripada syarikat-syarikat berkaitan dapat dipenuhi secara berterusan.
“Saya sebagai seorang penyelidik dalam bidang nanoteknologi termaju,kita perlu menghasilkan lebih banyak inovasi yang bukan sahaja harus memberi manfaat kepada negara, malah berpotensi untuk diguna pakai di peringkat antarabangsa”, katanya.
Beliau menerima wang tunai bernilai RM10,000, plak serta sijil. Anugerah tersebut disampaikan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau.