
KUALA LUMPUR, 8 November – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelakon, Allahyarham Cico Harahap yang telah meninggal dunia hari ini.
- Beliau mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.
- Beliau menyertakan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham.
- Berita pemergian disahkan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, Sandakiah Azez.
- Allahyarham dimasukkan ke hospital seminggu lalu kerana masalah kesukaran bernafas dan pernah alami masalah kesihatan serius pada 2016.
“Takziah kepada seluruh ahli keluarga serta sahabat handai Allahyarham Cico Harahap (Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin) atas pemergian beliau.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Sesungguhnya kita milik Allah SWT dan kepada-Nya jua kita kembali,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Menerusi perkongsian itu, beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh.
Beliau turut menyertakan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham.
Terdahulu, berita duka pemergian pelakon berkenaan disahkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez.
Menurut Sandakiah, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu akibat mengalami masalah kesukaran bernafas.
Allahyarham yang mula aktif dalam bidang lakonan sejak 1993 pernah mengalami masalah kesihatan serius pada penghujung tahun 2016.