Dakwaan kekasaran dua anggota PDRM disiasat bawah Seksyen 323

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Siasatan berhubung dakwaan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam insiden di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu sedang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kesalahan menyebabkan kesakitan atau penyakit kepada orang lain.
  • Kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Oktober 2026 untuk penelitian dan nasihat selanjutnya.
  • PDRM menjamin siasatan dilaksanakan secara telus, profesional dan tanpa memihak berasaskan keterangan saksi serta bukti diperoleh.
  • Jika disabitkan, boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dalam kenyataan memaklumkan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Oktober 2026 untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya, selaras dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“PDRM memberi jaminan bahawa siasatan dilaksanakan secara telus, profesional dan tanpa memihak berasaskan keterangan saksi serta bukti yang diperoleh bagi memastikan setiap aspek kejadian diteliti secara menyeluruh,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Sebelum itu, Tan Sri Mohd Khalid dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Panduan Jururunding PDRM di Bukit Aman di ibu negara hari ini memaklumkan keterangan telah diambil daripada 25 individu berhubung insiden tersebut.

Saksi berkenaan terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas.

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan dan perundangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.