Usia 18 tahun, rakyat Malaysia automatik ahli KWSP

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Setiap warganegara Malaysia akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila mencapai usia 18 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mahu memperkukuh perlindungan sosial dan galakkan simpanan persaraan bermula lebih awal.
  • Menurut laman rasmi KWSP, pendaftaran automatik turut berlaku apabila caruman pertama diterima bagi pemegang MyKad atau pemastautin tetap MyPR.
  • Ahli juga boleh mendaftar melalui aplikasi KWSP i-Akaun, i-Akaun majikan, terminal layan diri atau pejabat KWSP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha kerajaan memperkukuh perlindungan sosial rakyat.

“Bagi memperkukuh perlindungan sosial, setiap warganegara akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP apabila mencapai usia 18 tahun, supaya simpanan persaraan bermula lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan atau Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang rasmi KWSP, pendaftaran automatik ketika ini berlaku apabila caruman pertama diterima bagi warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau pemastautin tetap yang mempunyai MyPR.

Pendaftaran itu dibuat berdasarkan nama dan nombor MyKad yang dinyatakan dalam Borang KWSP 6 (Borang A), manakala akaun hanya diaktifkan selepas pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Selain pendaftaran automatik menerusi caruman pertama, pendaftaran sebagai ahli turut boleh dilakukan melalui aplikasi KWSP i-Akaun, i-Akaun majikan, terminal layan diri atau di pejabat KWSP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.