
REMBAU, 2 November – Sebuah bengkel membaiki kenderaan bersama empat buah kereta di dalamnya musnah dalam kebakaran petang tadi di Chembong, di sini.
RINGKASAN BERITA AI
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.50 petang.
- Seramai 14 pegawai dan anggota BBP Rembau dengan bantuan BBP Kota dikerahkan menggunakan dua jentera bomba.
- Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 6.50 petang.
Seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau dengan bantuan BBP Kota digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman menggunakan dua jentera bomba.
Operasi diketuai PKPgB Mohamad Khairul Yahaya bersama PBK I Mohd Kassim Arippin dan pasukan.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan