
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Pusat Respons Penipuan Kebangsaan bakal membangunkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan rakyat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum membuat transaksi bertujuan mengesan penipuan dan jenayah siber lebih awal.
- MCMC berjaya menyekat lebih 5.7 bilion panggilan dan khidmat pesanan ringkas berunsur penipuan.
- Bahagian D11 PDRM memperkasa sistem Malaysia Internet Crime Against Children dengan analitik lanjutan untuk mengesan pelaku dan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak lebih awal.
- Kempen Internet Selamat diperhebat di semua sekolah, memberi fokus kepada buli siber dan eksploitasi kanak-kanak.
- Perdana Menteri menyampaikan maklumat itu semasa pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata kesediaan itu memandangkan lebih 5.7 bilion panggilan dan khidmat pesanan ringkas yang berunsur penipuan berjaya disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Bahagian D11 PDRM juga sedang memperkasa sistem Malaysia Internet Crime Against Children yang dilengkapi keupayaan analitik lanjutan bagi mengesan pelaku dan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak dengan lebih awal.
“Kempen Internet Selamat akan diperhebat di semua sekolah dengan tumpuan menangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.