Lelaki maut dalam nahas tiga kenderaan di Kuching

Foto RTM

KUCHING, 24 September – Seorang lelaki berusia 52 tahun maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Canna, di sini malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku kira-kira 7.50 malam ketika mangsa memandu sedan menuju pusat bandar.
  • Kereta mangsa merempuh belakang sebuah pacuan empat roda, bergesel dengan jip, kemudian merempuh belakang sebuah MPV.
  • Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal di lokasi; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata kejadian berlaku kira-kira 7.50 malam ketika mangsa memandu kereta sedan menuju ke pusat bandar.

Beliau berkata kereta dipandu mangsa merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum bergesel dengan sebuah jip.

“Kereta mangsa kemudiannya merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.