Amaran hujan berterusan di Pantai Timur dan Sabah hingga 11 November – MetMalaysia

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 9 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di beberapa kawasan di pantai timur Semenanjung serta timur Sabah sehingga 11 November ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Terengganu: Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dilapor berada di bawah amaran tahap buruk.
  • Kelantan: Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh; Pahang: Kuantan, Pekan, Rompin turut terjejas.
  • Hujan berterusan dijangka berlanjutan di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga Rabu; orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan rujuk saluran rasmi.

Amaran tahap buruk di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Di Kelantan, kawasan yang terjejas ialah Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Amaran itu turut melibatkan seluruh negeri Terengganu, manakala di Pahang kawasan yang terjejas ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Bagi Sabah, amaran berkenaan melibatkan Kudat serta beberapa kawasan di bahagian Sandakan, iaitu Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka berlanjutan sehingga Rabu ini, manakala amaran di Sabah berkuat kuasa dari 9 hingga 11 November.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, peka terhadap perkembangan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.