
BERLIN, 9 November – Freiburg kembali menduduki tangga ketiga Bundesliga selepas menewaskan Union Berlin 2-0 dalam aksi di laman sendiri, sekali gus terus memberi tekanan kepada dua pendahulu, Bayern Munich dan Borussia Dortmund.
- Gol sendiri Rani Khedira sembilan minit selepas babak kedua, diikuti jaringan Yuito Suzuki pada minit ke-67.
- Kemenangan itu melonjakkan Freiburg ke 19 mata, hanya dua di belakang Bayern dan Dortmund; Bayern unggul melalui perbezaan jaringan.
- Bayer Leverkusen menang 2-1 ke atas Cologne, manakala Cologne kekal di tangga ke-15, dua mata di atas zon penyingkiran.
Freiburg membuka jaringan menerusi gol sendiri ketua pasukan Union Berlin, Rani Khedira, sembilan minit selepas babak kedua bermula sebelum Yuito Suzuki menggandakan kelebihan pada minit ke-67.
Kemenangan itu menyaksikan Freiburg mengumpul 19 mata, hanya dua mata di belakang Bayern dan Dortmund yang masing-masing di kedudukan teratas, dengan Bayern mendahului menerusi kelebihan perbezaan jaringan.
Dalam satu lagi aksi, Bayer Leverkusen menewaskan seteru setempat, Cologne 2-1 di tempat lawan untuk melonjak ke tangga kelima liga.
Aleix Garcia membuka jaringan buat Leverkusen menerusi sepakan percuma pada minit ketujuh sebelum Patrik Schick menggandakan kelebihan pada minit ke-85.
Cologne menjaringkan gol saguhati menerusi Said El Mala pada masa kecederaan.
Keputusan itu menyaksikan Cologne kekal di tangga ke-15 dengan kelebihan dua mata di atas Union Berlin yang menghuni zon penyingkiran.
Sementara itu, Hoffenheim menewaskan pasukan yang baru dinaikkan ke Bundesliga, Schalke 2-1 dalam satu lagi perlawanan. – AFP.