JYP umum kemunculan kumpulan K-pop baharu ‘oftheblue’ pada 2027

Instagram: jypentertainment

SEOUL, 9 November- Syarikat hiburan terkemuka K-pop, JYP Entertainment pada Isnin mengumumkan akan memperkenalkan kumpulan lelaki baharu dikenali sebagai “oftheblue” di bawah label Squ4d pada tahun depan, lapor Agensi Berita Yonhap.

RINGKASAN BERITA AI
  • Oftheblue ialah kumpulan lelaki pertama di bawah label Squ4d, selepas kumpulan wanita Nmixx.
  • Nama kumpulan diilhamkan daripada ungkapan Inggeris "out of the blue".
  • Warna biru melambangkan kemungkinan tanpa batas, kebebasan dan jiwa muda.
  • Oftheblue merupakan debut lelaki pertama JYP dalam dua tahun sejak KickFlip pada 2025.

Menurut JYP, oftheblue merupakan kumpulan lelaki pertama di bawah label Squ4d yang sebelum ini memperkenalkan kumpulan wanita K-pop Nmixx.

Nama kumpulan itu diilhamkan daripada ungkapan bahasa Inggeris “out of the blue”, manakala warna biru melambangkan kemungkinan tanpa batasan, kebebasan dan jiwa muda, menurut syarikat itu.

Oftheblue merupakan kumpulan lelaki K-pop pertama yang bakal membuat penampilan sulung di bawah JYP dalam tempoh dua tahun sejak KickFlip debut pada 2025. -BERNAMA-YONHAP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.