IPT perlu rujuk PKD sebelum laksana program luar kampus

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim

KUANTAN, 7 September – Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang perlu mendapatkan nasihat dan pandangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang aktiviti atau program di luar kampus, khususnya yang berskala besar dan melibatkan penyertaan ramai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pastikan penilaian risiko dan nasihat kesihatan terkini diperoleh sebelum meneruskan program luar kampus.
  • Indeks Pencemar Udara berubah dari semasa ke semasa dan berbeza antara daerah; pemantauan berkala diperlukan.
  • Keputusan tidak wajar dibuat hanya berdasarkan bacaan IPU kawasan lain atau bacaan hari sebelumnya; nilai setempat mesti diambil kira.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim, berkata langkah itu penting bagi memastikan penilaian risiko serta nasihat kesihatan terkini diperoleh sebelum sesuatu program diteruskan.

“Ini kerana bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) berubah dari semasa ke semasa dan tahapnya berbeza antara satu daerah dengan daerah yang lain,” katanya.

Beliau berkata keputusan untuk meneruskan sesuatu program di luar kampus tidak seharusnya dibuat hanya berdasarkan keadaan di sesuatu kawasan atau bacaan IPU pada hari sebelumnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Temerloh merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu 151 setakat 12 tengah hari tadi.

Empat stesen pemantauan kualiti udara di Rompin, Jerantut, Indera Mahkota dan Balok Baru pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.