15,000 penjawat awam laksana HBH setiap hari, impak pelaksanaan diteliti

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz / Foto Fail BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Ogos – Kira-kira 15,000 penjawat awam melaksana Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) setiap hari sejak diperkenal pada 1 Ogos lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan HBH masih di peringkat awal dan dipantau untuk menilai impak, dengan penilaian lebih komprehensif selepas satu hingga tiga bulan.
  • Aturan kerja hibrid membenarkan tiga hari hadir fizikal di pejabat dan dua hari bekerja dari rumah tertakluk kelulusan ketua jabatan.
  • Jabatan Perkhidmatan Awam anggap HBH sebagai langkah kalis masa hadapan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kekal utuh dan relevan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pelaksanaan HBH masih pada peringkat awal dan pemantauan sedang dilakukan untuk menilai impaknya.

“Sudah pastinya dalam tempoh yang singkat kita tidak dapat menilai dengan lebih komprehensif.

“Tetapi insya-Allah, mungkin selepas satu bulan atau tiga bulan pelaksanaannya kita akan dapat melihat impak HBH ini,” katanya.

Beliau memaklumkannya pada sidang media Program Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XXI 2026 di sini.

Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan juga optimis penjawat awam mampu melaksanakan tanggungjawab menerusi aturan kerja hibrid tanpa menjejaskan hasil kerja serta penyampaian perkhidmatan.

HBH membolehkan penjawat awam bekerja tiga hari secara fizikal di pejabat dan dua hari dari rumah atau lokasi alternatif, tertakluk kelulusan serta arahan Ketua Jabatan.

Jabatan Perkhidmatan Awam menyatakan HBH sebagai langkah kalis masa hadapan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kekal utuh dalam mendepani perubahan global dan evolusi cara kerja moden.

Malah, HBH telah menjadi sebahagian daripada norma baharu pekerjaan yang diamalka beberapa negara maju antaranya Singapura.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.