Piala ASEAN: Filipina azam tamat kemarau kemenangan ke atas Malaysia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Skuad Filipina berazam menamatkan kemarau kemenangan ke atas Malaysia apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemenangan terakhir Filipina ke atas Malaysia dicatatkan pada Sukan SEA 1991 di Manila.
  • Quincy Kammeraad, pemain Kuala Lumpur City FC, mahu membantu Filipina mencipta sejarah dengan kemenangan di tempat lawan.
  • Ketua jurulatih Carles Cuadrat menganggap Malaysia sangat berbahaya, khususnya di bahagian serangan.
  • Filipina satu anak tangga di atas Malaysia dalam ranking FIFA ke-135; ranking bukan ukuran mutlak, perlu usaha untuk keputusan positif.

Penjaga gol Filipina, Quincy Kammeraad berkata, kemenangan terakhir skuad Azkals ke atas Malaysia dicatatkan ketika Sukan SEA 1991 di Manila.

Beliau yang juga beraksi bersama Kuala Lumpur City FC berharap dapat membantu Filipina mencipta sesuatu yang istimewa pada pertemuan kali ini, terutama dengan kemenangan di gelanggang lawan.

“Bagi saya secara peribadi, ini adalah perlawanan yang cukup istimewa. Kami beraksi di tempat lawan dan laman sendiri buat saya, tetapi saya sangat teruja untuk menghadapi Malaysia esok dan melihat apa yang mampu kami lakukan.

“Mudah-mudahan kami dapat mencipta sejarah sekali lagi dengan merekodkan kemenangan untuk kali pertama sejak 1991. Ia berlaku di Manila, jadi kali ini kami berharap dapat mencatat kemenangan pertama di gelanggang lawan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Filipina, Carles Cuadrat menyifatkan Harimau Malaya sebagai lawan yang berbahaya, khususnya di bahagian serangan.

Beliau berkata, meskipun Filipina kini berada satu anak tangga di atas Malaysia dalam ranking dunia FIFA, iaitu di kedudukan ke-135, perkara itu tidak boleh dijadikan ukuran mutlak terhadap kekuatan kedua-dua pasukan.

“Kami telah membuat analisis terhadap pasukan Malaysia. Mereka merupakan pasukan yang sangat berbahaya dan memiliki pemain berkualiti, khususnya di bahagian serangan.

“Kami mempunyai perancangan dan seperti yang dikatakan Quincy, ini adalah peluang untuk kami mencipta sejarah kerana Filipina belum pernah menang di bumi Malaysia. Jadi, kami melihat ini sebagai satu peluang yang baik.

“Kami sedang berusaha memberikan motivasi kepada para pemain supaya berjuang mendapatkan keputusan positif. Saya berharap perlawanan esok akan berlangsung dengan baik dan menjadi aksi yang menarik untuk disaksikan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.