Malaysia sasar juara keseluruhan Sukan SEA 2027

Menteri KBS meraikan kepulangan wira-wira Golden Tigers yang telah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Asia Aichi Nagoya/Gambar fail Facebook Taufiq Johari

KUALA LUMPUR, 8 Oktober — Malaysia menyasarkan untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2027 sebagai tuan rumah, selepas mencatat pencapaian membanggakan dengan sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sasaran muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2027 sebagai tuan rumah.
  • Momentum kejayaan perlu dikekalkan sambil meneruskan persiapan menuju Sukan SEA 2027 dan Olimpik Los Angeles 2028.
  • Lebih 50 peratus persiapan venue untuk penganjuran Sukan SEA 2027 kini sudah tersedia.
  • Persiapan atlet dan kontinjen dipantau setiap hari untuk memastikan pencapaian petunjuk prestasi utama, logistik dan pergerakan teratur.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, momentum berkenaan perlu dikekalkan menjelang Sukan SEA 2027 pada September tahun depan, selain meneruskan persiapan menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

“Kejayaan di Sukan Asia 2026 baru-baru ini adalah satu kejayaan yang luar biasa. Kita menetapkan sasaran enam pingat emas, namun atlet kita berjaya melepasi sasaran tersebut dengan sembilan pingat emas dan secara keseluruhannya 32 pingat.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, hari ini.

Menteri KBS meraikan kepulangan wira-wira Golden Tigers yang telah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Asia Aichi Nagoya/Gambar fail Facebook Taufiq Johari

Dalam pada itu, mengenai persiapan sebagai tuan rumah, beliau berkata lebih 50 peratus persiapan venue kini sudah tersedia.

Manakala persiapan atlet dan kontinjen terus dipantau bagi memastikan mereka mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan.

“Kita mahu memastikan dari segi pergerakan, logistik dan sebagainya berada dalam persiapan yang baik. Untuk persiapan atlet dan kontinjen, kita sentiasa memantau dari hari ke hari supaya mereka bersedia dan memenuhi KPI yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, sasaran muncul juara keseluruhan adalah selaras dengan status Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027.

Sukan SEA 2027 dijadual berlangsung pada September tahun depan dengan penganjuran membabitkan empat kluster iaitu Sarawak, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.