PDRM, NADMA selaras persiapan Monsun Timur Laut

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 November – Keselamatan penduduk di kawasan berisiko banjir terus menjadi keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

RINGKASAN BERITA AI
  • Arahan memastikan tenaga kerja dan logistik mencukupi untuk tindakan segera sekiranya berlaku bencana.
  • PDRM mengadakan siri mesyuarat bersama NADMA bagi penyelarasan dan kelancaran tugasan pengurusan bencana.
  • PDRM meneliti maklumat 130 rakyat Malaysia didakwa terlibat penipuan di Pakistan; JSJK diarahkan ambil tindakan dan buka kertas siasatan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, kontinjen polis diarahkan memastikan keperluan tenaga kerja dan logistik mencukupi bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku bencana.

“Persiapan berkenaan telah dimaklumkan kepada semua Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Kontinjen bagi memastikan setiap kontinjen bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang MTL.

“PDRM turut mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai langkah penyelarasan dan persediaan bagi memastikan tanggungjawab pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik dan Profesional PDRM 2026, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, PDRM sedang meneliti maklumat berhubung 130 rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kegiatan penipuan di Pakistan.

“Jadi saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Rusdi, untuk mengambil tindakan lanjut agar segala perkara yang berkaitan dengan rakyat kita ini perlu kita beri bantuan dan sebagainya,” katanya.

Pada masa yang sama juga membuka kertas sisatan yang berkaitan sekiranya ia memerlukan tindakan untuk perundangan selanjutnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.