Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.1 peratus tahun ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 November – Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.1 peratus pada 2026, disokong aktiviti ekonomi domestik serta prestasi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertumbuhan KDNK suku ketiga dianggarkan 5.3% berbanding 6% pada suku kedua.
  • Pelambatan pertumbuhan disebabkan ekonomi kembali normal selepas separuh pertama yang kukuh, bukan kemerosotan ketara.
  • Sektor pembuatan dijangka berkembang 7.5%; sektor perkhidmatan, pelancongan, pembinaan dan projek pelaburan terus menyokong.
  • Pasaran pekerjaan stabil, bantuan kerajaan bersasar dan perbelanjaan isi rumah mengekalkan permintaan domestik; kos sara hidup meningkat hadkan perbelanjaan bukan keperluan.

TA Research dalam laporan ekonomi bulanannya berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2026 dianggarkan sebanyak 5.3 peratus berbanding enam peratus pada suku kedua.

Menurut firma penyelidikan itu, pertumbuhan yang lebih perlahan berkenaan disebabkan prestasi ekonomi yang kembali normal selepas mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh pertama tahun ini, bukannya kemerosotan ketara ekonomi domestik.

“Sektor pembuatan dianggarkan berkembang 7.5 peratus, manakala sektor perkhidmatan, pelancongan dan pembinaan serta pelaksanaan projek pelaburan dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi,” menurut laporan itu.

TA Research berkata, pasaran pekerjaan yang stabil, bantuan kerajaan bersasar dan perbelanjaan isi rumah turut membantu mengekalkan permintaan domestik.

Bagaimanapun, peningkatan kos sara hidup berpotensi mengehadkan perbelanjaan pengguna bagi barangan dan perkhidmatan bukan keperluan.

Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 5.1 peratus bagi 2026, dengan potensi meningkat kepada 5.3 peratus sekiranya momentum ekonomi terus kukuh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.