
KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki ranking ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
- Keputusan positif di Piala ASEAN FIFA: menang 3-0 (Bangladesh), 6-0 (Singapura), 1-0 (Vietnam), seri 0-0 (Indonesia).
- Malaysia memperbaiki kedudukan berbanding ranking terdahulu iaitu tangga ke-136 pada 20 Julai.
- Kedudukan tiga pasukan teratas dunia kekal: Sepanyol, Argentina dan Perancis.
- Dalam Asia Tenggara, Thailand tertinggi (naik satu anak tangga ke-93), diikuti Vietnam (99) dan Indonesia (116).
Lonjakan itu hadir susulan keputusan positif diraih skuad kebangsaan pada Piala ASEAN FIFA baru-baru ini, dengan mencatat tiga kemenangan masing-masing ke atas Bangladesh 3-0, Singapura 6-0 dan Vietnam 1-0, selain seri tanpa jaringan menentang Indonesia.
Kedudukan terbaharu itu menyaksikan Malaysia memperbaiki ranking berbanding tangga ke-136 dunia pada kemas kini terdahulu, 20 Julai lepas.
Sementara itu, kedudukan tiga pasukan teratas dunia kekal tidak berubah dengan Sepanyol terus menerajui ranking, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Thailand kekal sebagai pasukan pada kedudukan tertinggi apabila naik satu anak tangga ke ranking ke-93 dunia, diikuti Vietnam (99) dan Indonesia (116).
Kemas kini ranking FIFA seterusnya dijadualkan pada 18 Nov depan. – BERNAMA