
WASHINGTON, 4 November – Daftar pemilih Amerika Syarikat menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Selasa menerusi pilihan raya pertengahan penggal bagi menentukan nasib Presiden Donald Trump.
- Tinjauan ramal Parti Demokrat menang majoriti Dewan Perwakilan dan mungkin menguasai Senat akibat ketidakpuasan, kenaikan kos tenaga dan konflik dengan Iran.
- Kekalahan Republikan di Dewan memberi Demokrat kuasa sekat agenda perundangan Trump serta jalankan siasatan; kekalahan Senat ancam pelantikan hakim dan pegawai kanan.
- Trump akhir kempen dakwa beliau bangunkan semula negara melalui tindakan tegas terhadap imigresen, konflik dengan Iran dan dasar tarif.
Tinjauan pendapat menjangkakan Parti Demokrat bakal memenangi majoriti di Dewan Perwakilan dan berkemungkinan menguasai Senat, susulan tidak puas hati pengundi terhadap presiden, peningkatan mendadak kos tenaga serta konflik berterusan dengan Iran.
Sekiranya Parti Republikan kehilangan penguasaan Dewan Perwakilan, Parti Demokrat akan mempunyai kuasa untuk menyekat agenda perundangan Trump serta membuat siasatan terhadap pentadbirannya.
Kekalahan di Senat pula akan mengancam keupayaan beliau untuk melantik hakim Mahkamah Agung dan pegawai kanan kerajaan.
Trump pada penghujung kempen untuk meraih sokongan pengundi berkata beliau telah membangunkan semula negara itu menerusi tindakan tegas terhadap imigresen, konflik dengan Iran serta dasar tarif yang diperkenalkan.
“Kita perlu memastikan Amerika terus hebat,”kata Trump menerusi panggilan telefon kepada Fox & Friends.
Kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 daripada 100 kerusi Senat menjadi rebutan, selain jawatan gabenor di 36 negeri.- AFP