Real Madrid ikat bintang muda Ivory Coast, Yan Diomande

Paris Saint-Germain dan Liverpool turut berminat mendapatkan khidmat Yan Diomande – Foto AFP

MADRID, 7 Ogos – Real Madrid mengumumkan pemain terbaharu yang akan memperkukuh pasukan itu selepas berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan Ivory Coast, Yan Diomande.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perpindahan dicatat sebagai bayaran rekod kelab sebanyak €140 juta termasuk bonus.
  • Perjanjian tujuh musim ditandatangani sehingga 30 Jun 2033.
  • PSG menarik diri kerana kos tinggi; Liverpool pula dilaporkan ditolak pada Jun.

Media Sepanyol melaporkan, pemain berusia 19 tahun itu dibeli dengan bayaran rekod kelab sebanyak €140 juta euro (AS$161 juta) termasuk bonus.

Los Blancos menerusi kenyataan memaklumkan, perjanjian telah dicapai dengan kelab Bundesliga berkenaan untuk mendapatkan Diomande yang akan diikat selama tujuh musim hingga 30 Jun 2033.

“Menyertai Real Madrid adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan buat saya,” kata Diomande seperti dipetik dalam kenyataan Leipzig.

Bintang muda itu turut berterima kasih kepada kelab Jerman tersebut kerana memberi kepercayaan kepadanya serta peluang untuk membuktikan kemampuan di tahap tertinggi.

Real Madrid, yang tidak mendedahkan nilai perpindahan berjaya mengatasi Paris Saint-Germain (PSG) dan Liverpool dalam usaha mendapatkan khidmat Diomande yang turut beraksi bersama Ivory Coast pada Piala Dunia FIFA 2026.

PSG dilaporkan menarik diri daripada persaingan berikutan kebimbangan terhadap nilai yuran perpindahan yang tinggi, manakala tawaran Liverpool pula dilaprokan ditolak pada Jun lalu.

Diomande menghabiskan satu musim dalam saingan liga utama Jerman bersama Leipzig selepas berpindah daripada kelab Sepanyol, Leganes pada 2025. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.