
MELAKA, 26 Julai – Seramai 110 orang daripada 31 keluarga terjejas banjir di Melaka setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.
- Penduduk terjejas kini ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
- PPS JAPERUN Pantai Kundor di Melaka Tengah menempatkan 47 penduduk daripada 13 keluarga.
- PPS SK Serkam Darat dan PPS SK Bukit Tembakau di Jasin masing-masing menempatkan 37 dan 26 penduduk.
- Sebanyak 20 kawasan di Melaka Tengah dan Jasin terjejas akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam.
Angka berkenaan berkurangan berbanding 124 orang daripada 37 keluarga setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, kesemua penduduk terjejas masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS JAPERUN Pantai Kundor di daerah Melaka Tengah menempatkan 47 penduduk terjejas daripada 13 keluarga.
“Manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat dan PPS SK Bukit Tembakau di daerah Jasin; masing-masing menempatkan 37 dan 26 penduduk terjejas,” menurut kenyataan itu.
Secara keseluruhan, sebanyak 20 kawasan di Melaka Tengah dan Jasin terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi semalam.
Sebanyak 17 kawasan terjejas di Melaka Tengah manakala di Jasin membabitkan tiga kawasan.