
MIAMI, 26 Julai – Inter Miami terus mempamerkan aksi meyakinkan walaupun tanpa bantuan pemain bintang, Lionel Messi apabila mencatat kemenangan keenam berturut-turut selepas menewaskan CF Montreal 1-0 dalam saingan Major League Soccer (MLS).
- Luis Suarez menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-81.
- German Berterame mengalami kecederaan kepala serius selepas pertembungan dengan Efrain Morales, menyebabkan beliau rebah tidak sedarkan diri.
- Perlawanan menyaksikan penampilan sulung Casemiro bersama Inter Miami selepas berpindah dari Manchester United minggu ini.
Gol kemenangan dijaringkan Luis Suarez menerusi sepakan penalti pada minit ke-81.
Sepakan penalti itu diberikan selepas penyerang Mexico, German Berterame mengalami kecederaan serius akibat pertembungan kepala dengan pemain Montreal, Efrain Morales
Inisden berkenaan turut menyaksikan pemain berusia 27 tahun tersebut rebah tidak sedarkan diri.
Jurulatih Inter Miami, Guillermo Hoyos, memaklumkan keadaan Berterame stabil dan sedar selepas menerima rawatan.
“Keluarganya telah dimaklumkan mengenai keadaannya. Kami benar-benar cemas kerana tidak tahu apa yang akan berlaku ketika itu,” katanya.
Perlawanan itu turut menyaksikan penampilan sulung Casemiro bersama Inter Miami selepas menyertai kelab berkenaan dari Manchester United minggu ini.
Inter Miami kini mencatat enam kemenangan berturut-turut dan hanya dibezakan dua mata di belakang pendahulu, Nashville SC yang tewas 0-1 kepada Orlando City.