
NEW YORK, 20 Julai – Sepanyol berjaya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk merangkul Piala Dunia selepas menewaskan Argentina 1-0.
- Ferran Torres menjaringkan gol pada waktu tambahan selepas menerima umpanan daripada Nicholas Williams.
- Argentina terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandes dilayangkan kad merah pada waktu kecederaan.
- Sepanyol mencipta rekod tanpa kalah 38 perlawanan, mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang Itali.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium New Jersey itu, kedua-dua pasukan beraksi secara serimbang dengan skuad La Roja lebih mendominasi saingan dengan beberapa percubaan berbahaya.
Argentina yang turun selaku juara bertahan terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas bek tengah, Enzo Fernandes dilayangkan kad merah pada waktu kecederaan.
Fernandes diperintah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua setelah melakukan terjahan keras ke atas pemain pertahanan Pau Cubarsi pada waktu kecederaan babak kedua
Gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang, Ferran Torres pada waktu tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Pemain Barcelona itu berjaya mencari ruang untuk melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti selepas menerima umpanan daripada Nicholas Williams.
Selain merangkul Piala Dunia kedua selepas 2010, skuad bimbingan Luis de la Fuente itu turut mencipta rekod dunia baharu dengan aksi tanpa kalah dalam 38 perlawanan, mengatasi rekod yang dipegang Itali sebelum ini.