Tabung Kasih@HAWANA prihatin nasib pengamal media

Foto FB BES Labuan

LABUAN, 7 Oktober – Seorang wartawan di Labuan menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM bagi membantu mendapatkan kaki palsu baharu untuk kegunaan harian dan tugasan kewartawanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tabung Kasih@HAWANA telah memanfaatkan 860 pengamal media di seluruh negara sejak dilaksanakan.
  • Inisiatif ini dilaksanakan Kementerian Komunikasi melalui BERNAMA dengan sokongan tanggungjawab sosial korporat Telekom Malaysia.
  • Dato' Seri Fahmi menyampaikan sumbangan dan turut menjalankan Program Ziarah Kasih melawat pesakit terlantar.

Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan itu ketika menziarahi wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38-tahun ketika dalam lawatan rasmi ke pulau ini.

“Beliau memaklumkan bahawa setiap empat hingga lima tahun, beliau perlu menggantikan kaki palsu yang digunakan untuk membantu pergerakannya. Pihak HAWANA telah memberikan bantuan dan saya juga turut menghulurkan sumbangan.

“Kita berharap dapat membantu memenuhi keperluan beliau dan saya akan cuba berbincang dengan beberapa pihak lain untuk mendapatkan bantuan tambahan,” katanya.

Tabung Kasih@HAWANA yang dilaksanakan Kementerian Komunikasi menerusi BERNAMA sejak April 2023 telah memanfaatkan 860 pengamal media di seluruh negara.

Tambah Datuk Seri Fahmi, tabung berkenaan merupakan inisiatif menerusi sumbangan tanggungjawab sosial korporat Telekom Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada Jun tahun ini, seramai 90 pengamal media menerima manfaat inisiatif berkenaan.

Sementara itu, Datuk Seri Fahmi turut berkesempatan menyampaikan sumbangan bantuan kepada pesakit terlantar di Kampung Tanjung Aru menerusi Program
Ziarah Kasih.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.