
LABUAN, 7 Oktober – Sebanyak 1,030 penyertaan komuniti direkodkan NADI Kampung Sungai Labu Labuan, menerusi pelbagai program Perkhidmatan Pintar NADI dalam tempoh Januari 2025 hingga September lalu.
- Program "1 NADI, 1 Prompt Engineer" memberi pendedahan AI dan kemahiran kejuruteraan prompt untuk pembelajaran, pekerjaan, perniagaan dan urusan harian.
- Lawatan kerja Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil ke NADI menyaksikan taklimat serta demonstrasi aplikasi dan kemahiran AI.
- NADI Kampung Sungai Labu mula beroperasi 26 Mac 2019, mempunyai 700 ahli berdaftar dan mencapai kira-kira 1,000 penduduk dalam radius tiga kilometer.
- NADI sebagai pusat komuniti digital menyediakan akses internet dan pelbagai program seperti NADI Mahir, Tuisyen Rakyat, TinyTechies, keusahawanan, kesihatan serta Kempen Internet Selamat.
Antara tumpuan terbaharu ialah Program “1 NADI, 1 Prompt Engineer” yang memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta kemahiran kejuruteraan prompt bagi membantu peserta memanfaatkan teknologi berkenaan dalam pembelajaran, pekerjaan, perniagaan dan urusan harian.
Perkembangan itu turut diberi perhatian menerusi lawatan kerja Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ke NADI Kampung Sungai Labu.
Selain taklimat, lawatan turut menyaksikan demonstrasi kemahiran dan aplikasi AI menerusi program berkenaan.
NADI Kampung Sungai Labu mula beroperasi pada 26 Mac 2019 dan kini mempunyai 700 ahli berdaftar dengan kira-kira 1,000 penduduk dalam radius tiga kilometer.
Sebagai pusat komuniti digital, NADI menyediakan akses internet selain memperkasa masyarakat melalui pelbagai program dan penyampaian maklumat kerajaan.
Antara program yang dilaksanakan termasuk NADI Mahir, NADI Tuisyen Rakyat, TinyTechies, program keusahawanan, kesihatan serta Kempen Internet Selamat.
Lima teras Perkhidmatan Pintar NADI meliputi keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan, terus menjadi platform pembangunan komuniti setempat.