Kuil Sri Subramanyaswany tumpuan perayaan Deepavali di Gua Musang

Sambutan Hari Deepavali di Kuil Sri Subramanyaswany, Gua Musang/Foto RTM

GUA MUSANG, 8 November – Sambutan Hari Deepavali di Kuil Sri Subramanyaswany di sini bukan sahaja menghimpunkan masyarakat Hindu tempatan, malah turut menarik kehadiran penganut dari beberapa negara termasuk Nepal, India dan Bangladesh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kuil pinggir bukit kapur dikunjungi lebih 100 penganut sejak pagi untuk menunaikan upacara keagamaan sempena Deepavali.
  • Kuil yang dibina hampir 20 tahun lalu menjadi tumpuan masyarakat Hindu untuk ritual keagamaan.
  • Sambutan Deepavali diraikan meriah; pengunjung bermain mercun bersama keluarga dan jiran.
  • Saiz kuil yang besar memudahkan pelbagai aktiviti dan membolehkan masyarakat berkumpul.

Kuil yang terletak di pinggir bukit batu kapur itu dikunjungi lebih 100 penganut seawal pagi tadi bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan cahaya berkenaan.

Menurut pengunjung, kuil yang dibina hampir 20 tahun lalu itu menjadi tumpuan masyarakat Hindu untuk ritual keagamaan.

K. Ramakrishnan (kiri), T. Shahtishwaran dan P. Jegan/Foto RTM

Menurut T. Shahtishwaran, Deepavali kali ini diraikan penuh meriah termasuk bermain mercun bersama keluarga dan jiran.

“Kebanyakan penganut Hindu datang ke sini pada waktu pagi untuk sembahyang sebelum menziarahi ahli keluarga di kediaman masing-masing,” jelas P. Jegan.

Manakala bagi K.Ramakrishnan, saiz kuiz yang besar memudahkan pelbagai aktiviti dilakukan dan masyarkat berkumpul.

Dianggarkan terdapat kira-kira 100 keluarga komuniti India di Gua Musang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.