Penghantaran pelajar tajaan MARA ke Turkiye ditambah tahun depan

Foto Facebook Zahid Hamidi

ISTANBUL, 8 November – Malaysia bakal menggandakan jumlah penghantaran pelajar tajaan MARA ke Turkiye tahun depan susulan kejayaan penghantaran 17 pelajar perintis, September lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif ini memperluas peluang pendidikan antarabangsa bagi pelajar cemerlang tajaan MARA.
  • Usaha itu bertujuan memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Turkiye.
  • Kemudahan dan sokongan kebajikan membantu pelajar meneruskan pengajian tanpa kebimbangan kos sara hidup.
  • Hostel ditaja universiti dilaporkan selesa, sementara elaun yang diberi memadai dan memuaskan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluas peluang pendidikan antarabangsa kepada pelajar cemerlang.

“Usaha berkenaan juga bagi memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Turkiye,” katanya.

Beliau menyatakannya ketika berucap pada majlis makan malam bersama penuntut Malaysia dan warga Kedutaan Besar Malaysia di Turkiye, di sini.

Sementara itu, pelajar Malaysia tajaan MARA yang ditemui RTM berkata kemudahan serta sokongan kebajikan yang disediakan sangat membantu mereka dalam meneruskan pengajian kerana tidak perlu terlalu bimbang mengenai kos sara hidup dan keperluan harian.

Muhammad Naim Zaulkiflee, Hafa Mohd Faizal dan Muhammad Emin Mikael Muzamry memuji kemudahan yang disediakan amat bagus termasuk kemudahan hostel yang ditaja oleh pihak universiti juga sangat selesa untuk mereka.

“Memang cukup, Alhamdulillah, semuanya serba lengkap. Elaun yang diberi juga memuaskan dan mencukupi,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.