
KUALA LUMPUR, 8 November- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua rakyat beragama Hindu di seluruh negara.
- Ucapan sambutan Deepavali dimuat naik melalui laman Facebook rasmi.
- Hantaran mendoakan agar sambutan membawa kebahagiaan, keamanan, kesihatan dan kemakmuran.
- Deepavali atau Pesta Cahaya diraikan oleh penganut Hindu di Malaysia hari ini.
Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sempena sambutan perayaan tersebut.
Menerusi hantaran berkenaan, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar sambutan perayaan itu membawa kebahagiaan, keamanan, kesihatan yang baik serta kemakmuran kepada mereka yang merayakannya.
“Semoga anda dan keluarga menyambut Deepavali yang diberkati, dipenuhi kebahagiaan, keamanan, kesihatan yang baik dan kemakmuran,” menurut hantaran yang dikongsikan.
Deepavali atau turut dikenali sebagai Pesta Cahaya, diraikan oleh masyarakat penganut Hindu di Malaysia hari ini.