Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Sarawak hingga 9 pagi

Foto METMalaysia

KUALA LUMPUR, 8 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sarawak hingga pukul 9 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas di Terengganu: Dungun dan Kemaman; di Pahang: Kuantan.
  • Di Sarawak amaran merangkumi Samarahan, Serian, Sri Aman, Kapit (Song, Kapit, Bukit Mabong), Sibu (Kanowit) dan Sarikei (Julau).
  • Amaran dikeluarkan untuk ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
  • Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan secukupnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 6.20 pagi tadi, kawasan yang terjejas di Terengganu melibatkan daerah Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Kuantan.

Bagi negeri Sarawak pula, amaran tersebut merangkumi kawasan Samarahan, Serian, Sri Aman, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Sibu (Kanowit) serta Sarikei (Julau).

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

“Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan secukupnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan cuaca buruk,” jelas kenyataan sama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.