Amaran ribut petir di 12 negeri hingga 5 petang – METMalaysia

Foto METMalaysia

KUALA LUMPUR, 8 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan kebanyakan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka mengalami cuaca buruk.
  • Perak (Kinta, Kampar, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Muallim); Terengganu (Kemaman, Dungun); Pahang (Jerantut, Rompin, Bera, Bentong, Raub, Cameron Highlands, Pekan, Kuantan, Lipis).
  • Sarawak: Kuching, Mukah, Sri Aman, Serian, Sibu, Limbang, Miri, Samarahan. Sabah: Tawau, Sandakan, Pedalaman, Pantai Barat, Kudat.
  • Amaran dikeluarkan jika ribut petir disertai hujan melebihi 20 mm sejam dan dijangka berterusan lebih sejam; sah sehingga enam jam setiap keluaran.

MetMalaysia dalam satu kenyataan pada pukul 1.35tengah hari memaklumkan, cuaca buruk berkenaan dijangka melanda seluruh kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Turut terjejas beberapa daerah di Perak iaitu Kinta, Kampar, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim, manakala di Terengganu melibat daerah Kemaman dan Dungun.

Di Pahang pula, amaran dikeluarkan bagi daerah Jerantut, Rompin, Bera, Bentong, Raub, Cameron Highlands, Pekan, Kuantan serta Lipis.

“Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk termasuk Kuching, Mukah (Dalat dan Matu), Sri Aman (Pantu), Serian, Sibu (Sibu), Limbang, Miri (Marudi dan Bario) serta Samarahan (Asajaya dan Samarahan).

Manakala di Sabah, kawasan yang terjejas merangkumi Tawau (Lahad Datu, Kalabakan dan Tawau), Sandakan, Pedalaman (Membakut, Pensiangan, Sook, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” jelas kenyataan itu.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.