Malaysia kecam tragedi tembakan di Kraków, zahir simpati kepada Poland

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 November – Malaysia mengutuk keras insiden tembakan di Kraków, Poland yang mengorbankan enam nyawa dan menyebabkan ramai lagi cedera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menyampaikan takziah mendalam kepada keluarga mangsa dan mendoakan kesembuhan segera bagi yang tercedera.
  • Malaysia menegaskan sokongan padu kepada rakyat Poland dalam menghadapi kejadian tragik ini.
  • Kebimbangan diutarakan terhadap pengaruh fahaman ekstremisme dalam serangan, menyeru tindakan menentang semua bentuk keganasan.
  • Malaysia kekal komited bekerjasama dengan komuniti antarabangsa membanteras ekstremisme dan mempertahankan keamanan serta nilai kemanusiaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Poland serta menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban, di samping mendoakan kesembuhan segera bagi mereka yang tercedera.

Beliau turut meluahkan kebimbangan berhubung laporan yang menunjukkan serangan berkenaan dipengaruhi oleh fahaman ekstremisme.

“Tragedi ini menuntut keperluan untuk menangani sebarang bentuk keganasan termasuk ancaman ekstremisme kanan berunsur keganasan yang kian meningkat. Tiada sebarang ideologi yang boleh menghalalkan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa,” katanya menerusi Facebook.

“Malaysia kekal komited untuk bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam membanteras sebarang bentuk ekstremisme serta mempertahankan keamanan dan nilai kemanusiaan sejagat,” tegas Datuk Seri Anwar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.