Pelakon Cico Harahap meninggal dunia


KUALA LUMPUR, 8 November – Anak kepada penyanyi legenda Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico Harahap, 48, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 11 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemergian pelakon disahkan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, Sandakiah Azez.
  • Dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana masalah sesak nafas; mula di ICU, dipindahkan ke wad biasa.
  • Punca kematian masih belum dapat dipastikan; pernah mengalami masalah kesihatan serius pada penghujung 2016 dan jalani rawatan termasuk perubatan Islam.

Berita duka pemergian pelakon berkenaan disahkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez.

Menurut Sandakiah, Allahyarham Cico telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu akibat mengalami masalah kesukaran bernafas.

“Mulanya Cico dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun dipindahkan ke wad biasa pada Khamis lalu. Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Allahyarham Cico yang mula aktif dalam bidang lakonan sejak 1993 pernah mengalami masalah kesihatan serius pada penghujung tahun 2016.

Selain mendapatkan rawatan hospital, ibunya turut membawa Allahyarham ikhtiar menjalani perubatan Islam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.