MCMC mahu platform e-dagang tingkat perlindungan pengguna

Foto FB Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa penyedia platform e-dagang mempertingkat pengesahan identiti penjual serta pemantauan bagi memastikan barangan yang ditawarkan mematuhi undang-undang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan pantas mengesan dan mengambil tindakan terhadap penyenaraian barangan terlarang, berbahaya atau tidak mematuhi ketetapan undang-undang.
  • Platform perlu meningkatkan penggunaan teknologi dan sistem pemantauan untuk memastikan keselamatan serta perlindungan pengguna diberi keutamaan.
  • Kerjasama teratur antara platform dan agensi kerajaan diperlukan bagi membolehkan siasatan serta tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa dan undang-undang.

Langkah itu antara perkara yang dibincangkan dalam sesi libat urus MCMC bersama penyedia platform e-dagang serta kementerian dan agensi berkaitan, pada Rabu.

Menurut kenyataan MCMC, perbincangan turut memberi tumpuan kepada tindakan pantas mengesan dan mengambil tindakan terhadap penyenaraian barangan terlarang, berbahaya atau yang tidak mematuhi ketetapan undang-undang.

“Platform juga perlu meningkatkan penggunaan teknologi dan sistem pemantauan bagi memastikan keselamatan serta perlindungan pengguna terus diberi keutamaan.

“Sesi berkenaan turut membincangkan usaha mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih seimbang antara perniagaan dalam talian dengan premis fizikal, termasuk mengambil kira pandangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor peruncitan,” menurut kenyataan tersebut.

Kerjasama lebih tersusun antara platform dan agensi kerajaan turut diperlukan bagi membolehkan siasatan serta tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut bidang kuasa dan undang-undang masing-masing.

MCMC akan meneruskan penyelarasan bersama kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri bagi memperkukuh perlindungan pengguna, pematuhan undang-undang serta akauntabiliti platform ke arah ekosistem e-dagang yang lebih selamat dan dipercayai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.