Jerebu: IPT diberi autonomi tentukan kaedah pembelajaran

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara diberikan autonomi penuh untuk menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai susulan keadaan jerebu yang masih berterusan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah bertujuan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas, terutamanya di kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat.
  • Pihak universiti, politeknik dan kolej komuniti digalakkan menilai keadaan setempat dan membuat keputusan yang sesuai.
  • Pelajar yang tidak dapat hadir ke kampus boleh mengikuti pembelajaran dalam talian yang telah tersedia dan dilaksanakan sebelum ini.
  • Pernyataan dibuat oleh Menteri selepas menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Peradaban Global Malaysia dan Festival Kebudayaan Peradaban Islam Konfusianisme 2026.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas, khususnya di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

“Kita memberikan autonomi kepada pihak universiti, politeknik dan kolej komuniti di kawasan masing-masing yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat keadaan setempat dan membuat keputusan yang bersesuaian.

“Sebagai contoh, sekiranya pelajar tidak dapat hadir ke kampus, mereka boleh mengikuti kaedah pembelajaran lain seperti pembelajaran dalam talian yang sememangnya telah tersedia dan dilaksanakan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Peradaban Global Malaysia merangkap Festival Kebudayaan Peradaban Islam–Konfusianisme 2026, di ibu negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.