Cubaan seludup barang larangan ke penjara gagal, dua individu direman

Antara barang kes yang dirampas

MELAKA, 17 Julai – Dua individu ditahan selepas cuba menyeludup barang larangan ke Penjara Sungai Udang, Rabu lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek lelaki mengaku menerbangkan dron untuk meninjau lokasi sebelum cubaan menyeludup tembakau.
  • Siasatan mendapati kegiatan dilakukan hasil pakatan bersama seorang banduan, usaha mengesan banduan giat dijalankan bersama pihak penjara.
  • Peralatan dron, bahan disyaki seludup dan peranti komunikasi dirampas; kedua suspek direman mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 58 Akta Penjara 1995.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 46 dan 27 tahun telah ditahan di sebuah rumah di Taman Kris Satria.

“Suspek lelaki mengaku menerbangkan dron bagi meninjau lokasi sebelum cubaan menyeludup masuk tembakau.

“Siasatan turut mendapati, kegiatan tersebut dilakukan hasil pakatan bersama seorang banduan dan usaha mengesan individu terbabit giat dijalankan bersama pihak penjara.

“Pihaknya turut merampas barang kes berupa peralatan dron, bahan disyaki untuk seludup, peranti komunikasi serta lain-lain barang berkaitan,”katanya menerusi kenyataan.

Ujian air kencing kedua-dua suspek negatif, bagaimanapun suspek lelaki terbabit mempunyai 12 rekod jenayah dan tiga rekod kesalahan dadah.

Kedua-dua suspek kini direman mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 58 Akta Penjara 1995.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.