
KUALA LUMPUR, 17 Julai – Persiapan skuad berbasikal lebuh raya negara bagi menghadapi Sukan SEA 2027 menerima suntikan baharu menerusi kerjasama strategik antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Persekutuan Berbasikal Kazakhstan yang dimeterai, hari ini.
- Persekitaran latihan di Kazakhstan lebih berbukit, memberi dimensi dan rangsangan baharu kepada pelumba negara.
- PKBM menyasarkan menghantar kumpulan pertama pelumba ke Kazakhstan sebelum penghujung tahun sebagai langkah perancangan awal.
- Pelumba negara berpeluang menimba ilmu bersama pasukan UCI WorldTeam Astana bertaraf dunia yang berpangkalan di sana.
Kerjasama tersebut dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak hari ini.
Langkah berkenaan membuka peluang perkongsian kepakaran serta pembangunan sukan berbasikal antara kedua-dua negara.
Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, persekitaran latihan di Kazakhstan yang mencabar mampu memberikan dimensi serta rangsangan baharu kepada barisan pelumba negara dalam usaha meningkatkan prestasi.
“Keadaan muka bumi di sana berbeza kerana lebih berbukit berbanding di tanah air, di mana pelumba kita sering berlatih di laluan yang sama.
“Latihan bersama atlet mereka ini akan memberi rangsangan tambahan kepada pelumba kita. Saya percaya ia sangat bermanfaat untuk persiapan menghadapi Sukan SEA nanti,” katanya selepas majlis menandatangani MoU berkenaan.
Menurut beliau, PKBM menyasarkan untuk menghantar kumpulan pertama pelumba ke negara tersebut sebelum penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada perancangan awal.
Ujar beliau, pelumba negara turut berpeluang menimba ilmu bersama pasukan bertaraf dunia, UCI WorldTeam Astana yang berpangkalan di sana.
Pada edisi Sukan SEA di Thailand tahun lalu, skuad lebuh raya negara berjaya membawa pulang dua pingat perak menerusi Nur Aisyah Mohd Zubir dalam acara lepas beramai-ramai dan kriterium wanita, manakala satu pingat gangsa diraih menerusi acara berpasukan lelaki