
TANJUNG SEPAT, 25 Mei – Cubaan dua lelaki warganegara Indonesia menyeludup dadah jenis syabu melalui pesisir pantai Tanjong Sepat, Selangor, tumpas selepas diserbu Pasukan Gerakan Am, PGA Briged Tengah.
- Anggaran 88.989 kilogram syabu dirampas.
- Satu telefon bimbit turut dirampas, dipercayai digunakan sebagai alat komunikasi penyeludupan.
- Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.
- Sejak 1 Jan hingga 25 Mei, PGA Briged Tengah rekod 179 serbuan, 611 ditahan, rampasan bernilai RM254 juta.
Menurut Komander Briged Tengah PGA, SAC Hakemal Hawari, dua suspek berusia 30-an itu dipercayai cuba menyeludup keluar beg berisi dadah dengan bersembunyi di kawasan semak berhampiran pesisir pantai ketika menunggu bot.
“Turut dirampas sejumlah dadah yang disyaki jenis syabu dengan anggaran berat lebih kurang 88.989 kilogram
Bersama satu unit telefon bimbit yang dipercayai digunakan sebagai alat komunikasi dalam menjalankan aktiviti penyeludupan. nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM4.4 juta.” Tambahnya
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pos PGA Ladang Tumbok, Tanjong Sepat hari ini.
Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.
Tambahnya lagi, sepanjang 1 Januari hingga 25 Mei tahun ini, PGA Briged Tengah merekodkan 179 serbuan di lima negeri (Selangor, WP Kuala Lumpur /Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) dengan 611 individu dari pelbagai negara ditahan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah 254 juta ringgit.