UNITEN terus perkukuh peranan lahir graduan berilmu, berintegriti

Foto RTM

KAJANG, 10 Oktober – Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) terus memperkukuh peranannya dalam melahirkan graduan berilmu, berintegriti dan berdaya saing menerusi pendidikan berkualiti yang memenuhi keperluan masyarakat serta pembangunan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Canselor menegaskan tamat pengajian bukan noktah, sebaliknya permulaan; graduan perlu memanfaatkan ilmu, pengalaman dan kematangan untuk menghadapi cabaran dan peluang.
  • Majlis Konvokesyen ke-28 meraikan 1,249 graduan daripada diploma hingga doktor falsafah merentasi pelbagai bidang pengajian.
  • Pelancaran logo baharu mencerminkan kesinambungan identiti UNITEN, menyemarakkan semangat warga dan mengukuhkan kedudukan universiti di persada antarabangsa.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib berkata, sejak tiga dekad penubuhannya, UNITEN terus komited menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan graduan berdaya saing yang mampu menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara.

Beliau yang juga Canselor UNITEN berkata, berakhirnya perjalanan akademik bukanlah noktah kepada pencapaian seseorang graduan, sebaliknya menjadi permulaan kepada lembaran baharu kehidupan yang lebih luas.

Menurut beliau, graduan perlu memanfaatkan ilmu, pengalaman dan kematangan yang diperoleh sepanjang pengajian untuk menghadapi cabaran serta merebut peluang dalam kehidupan dan kerjaya.

“Berakhirnya perjalanan akademik bukanlah noktah kepada pencapaian seseorang graduan, sebaliknya menjadi permulaan kepada lembaran baharu dalam kehidupan yang lebih luas, berbekalkan ilmu, pengalaman serta kematangan yang diperoleh sepanjang pengajian.

“Sejak tiga dekad penubuhannya, UNITEN terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan graduan berilmu, berkemahiran dan berintegriti, sekali gus menyumbang kepada kemajuan masyarakat serta pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UNITEN ke-28 bagi tahun 2026 di sini, hari ini, yang meraikan seramai 1,249 graduan daripada pelbagai bidang pengajian, merangkumi peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Dalam perkembangan sama, majlis itu turut menyaksikan pelancaran logo baharu UNITEN yang mencerminkan kesinambungan identiti universiti berkenaan dalam mendepani perubahan serta memperkukuh aspirasi pendidikan tinggi.

Identiti baharu itu diharap dapat menyemarakkan semangat warga universiti dan alumni untuk terus menyumbang kepada pembangunan ilmu, masyarakat dan negara, selain mengukuhkan kedudukan UNITEN di persada antarabangsa.

berkata, berakhirnya perjalanan akademik bukanlah noktah kepada pencapaian seseorang graduan, sebaliknya menjadi permulaan kepada lembaran baharu kehidupan yang lebih luas.

Menurut beliau, graduan perlu memanfaatkan ilmu, pengalaman dan kematangan yang diperoleh sepanjang pengajian untuk menghadapi cabaran serta merebut peluang dalam kehidupan dan kerjaya.

“Berakhirnya perjalanan akademik bukanlah noktah kepada pencapaian seseorang graduan, sebaliknya menjadi permulaan kepada lembaran baharu dalam kehidupan yang lebih luas, berbekalkan ilmu, pengalaman serta kematangan yang diperoleh sepanjang pengajian.

“Sejak tiga dekad penubuhannya, UNITEN terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan graduan berilmu, berkemahiran dan berintegriti, sekali gus menyumbang kepada kemajuan masyarakat serta pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UNITEN ke-28 bagi tahun 2026 di sini, hari ini, yang meraikan seramai 1,249 graduan daripada pelbagai bidang pengajian, merangkumi peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Dalam perkembangan sama, majlis itu turut menyaksikan pelancaran logo baharu UNITEN yang mencerminkan kesinambungan identiti universiti berkenaan dalam mendepani perubahan serta memperkukuh aspirasi pendidikan tinggi.

Identiti baharu itu diharap dapat menyemarakkan semangat warga universiti dan alumni untuk terus menyumbang kepada pembangunan ilmu, masyarakat dan negara, selain mengukuhkan kedudukan UNITEN di persada antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.