Kesucian al-Quran perlu dipelihara

Foto FB Dr. Zulkifli Hasan


PUTRAJAYA, 10 Oktober – Kesucian al-Quran sebagai sumber utama ajaran Islam perlu sentiasa dihormati dan dipelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperolok atau menghina lafaz suci al-Quran adalah perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam.
  • Perkataan "lighad" daripada Surah al-Hasyr ayat 18 bermaksud "hari esok", merujuk kepada persediaan manusia untuk kehidupan akhirat.
  • Fahami makna dan konteks ayat, elakkan persendaan; rujuk pihak berkuasa jika terdapat unsur penghinaan untuk tindakan undang-undang.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menerusi kenyataan menegaskan, sebarang tindakan memperolok-olokkan atau menghina lafaz suci al-Quran merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam.

Mengulas isu tular membabitkan perkataan *lighad* daripada Surah al-Hasyr, ayat 18, beliau menjelaskan, perkataan itu bermaksud ‘hari esok’ dan dalam konteks ayat merujuk kepada persediaan manusia untuk kehidupan akhirat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya memahami makna serta konteks sebenar ayat al-Quran dan mengelakkan sebarang bentuk persendaan terhadap lafaz sucinya.

“Kepentingan sikap saling menghormati dan bertanggungjawab dalam komunikasi bagi memelihara kesucian agama serta keharmonian masyarakat berbilang agama.

“Sekiranya terdapat unsur penghinaan terhadap agama Islam, perkara berkenaan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” tambahnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.