Raja Permaisuri Agong selamat tiba di Istanbul bagi lawatan khas

Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah selamat tiba di Istanbul pada Sabtu bagi lawatan khas selama tiga hari ke Turkiye.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda mendarat di Presidential State Guesthouse, Lapangan Terbang Istanbul pada 6.10 petang waktu Turkiye.
  • Seri Paduka Baginda diiringi Tunku Idris Iskandar, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.
  • Keberangkatan disambut Timbalan Pengarah Kementerian Luar Negeri Turkiye Mehmet Zahid Uzun dan Timbalan Gabenor Istanbul Mustafa Kaya.
  • Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Konsul Jeneral Ahmad Amiri Abu Bakar dan pegawai istana kanan.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda selamat mendarat di ‘Presidential State Guesthouse’ Lapangan Terbang Istanbul pada pukul 6.10 petang waktu Turkiye (11.10 malam di Malaysia).

Seri Paduka Baginda diiringi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong disambut Timbalan Pengarah Kementerian Luar Negeri Turkiye Mehmet Zahid Uzun dan Timbalan Gabenor Istanbul Mustafa Kaya.

Turut hadir bagi menyambut keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Ahmad Amiri Abu Bakar; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pengelola Bijaya Diraja Istana Johor Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.